Posted by : Unknown
Sabtu, 05 Maret 2016
Cerpen : Mencari Secebis Kesabaran
Kelihatan seorang pemuda menyusuri pasir pantai yang panjang itu sambil menggengam beberapa buah batu kerikil . Dia melempar batu-batu itu jauh ke dalam samudera yang sangat luas . Angin bertiup dengan damai sekali , membawa semua keletihan pemuda itu pergi . Bunyi burung yang berkicauan merdu memecah keheningan pagi yang suram itu . Tebaran keemas-emasan kelihatan mengorak senyum untuk memberi semangat kepada isi bumi yang menjalankan kerja seharian .
Arman terdampar di atas pasir putih yang menghampari Pantai Melati . Cuaca pada pagi itu sungguh sejuk . “ Ya Allah , kekalkan keindahan pantai ini ,” Arman menadah tangan , memohon kepada yang maha esa agar dipermudahkan segala urusannya .
Pantai inilah yang menjadi tempat kesedihannya diterbangkan jauh ke udara . “ Ya Allah , sungguh indah ciptaanmu ini . Jadikanlah kesyukuranku ini berkekalan keatas nimatmu yang seluas samudera seperti yang ku hadap ini Ya Allah !” Air mata Arman sudah mula bergenangan , memikirkan nikmat Tuhan yang tidak berbelah bahagi .
Dia sudah mula berpeluk tubuh . Beg sampah yang dibawanya dipikul keatas belakang . Dia melangkahkan kakinya menuju ke pekan . Begitulah kerja hariannya sebagai seorang pemungut tin . Selain mengumpul tin untuk dijual kepada Oh Sim , dia juga mengambil upah sebagai penoreh getah di ladang getah Raju . Begitulah rutin Arman pada setiap hari . Kerja itu sudah cukup untuk menampung makan minum dia dan neneknya .
Apalah kudrat neneknya untuk turut bekerja dek dirinya yang dimamah usia . Kini sudah menjadi tanggungjawab Arman untuk membela kebajikan neneknya selepas ibu-bapa yang tercinta meninggal dunia .Hanya secebis kesabaran sahaja yang menjadi inspirasi mereka untuk mengenal dan menghadapi rintangan hidup ini .
————————————————————————–
Cebisan kotak yang melindungi tong sampah dikutip oleh Arman . Kelihatan sebuah tong sampah yang sarat dengan tin . “ Alhamdulillah , rezeki aku hari ini Ya Allah ,” luah hati Arman .
Tin yang banyak itu dikumpulkan lalu dimasukkan ke dalam plastik .
Dalam masa beberapa minit sahaja , Arman mampu mengumpulkan sejumlah tin minuman yang agak banyak . Tiba-tiba , dia terdengar suara bayi yang sayup-sayup kedengaran . Muka Arman berkerut , memikirkan di mana bayi itu berada .
Matanya liar mencari dimana bayi itu berada . Dengan izin Allah , maka dia menemukan bayi yang baru sahaja lahir . Bayi itu dibaluti oleh sehelai kain putih .
“ Ya Allah , manusia manalah yang tidak bersyukur atas permata yang engkau kurniakan kepada mereka ,” luah Arman .
Bayi itu kelihatan sangat lapar dan tidak berhenti menangis . “ Mungkin ini amanah Tuhan kepadaku . Jikalau sangkaanku benar , maka kuatkanlah aku untuk menjaga bayi ini ,” ujar Arman .
Bekal yang dibawa Arman disuapkan ke dalam mulut bayi itu . Maka , berhentilah tangisan bayi itu . Bubur nasi yang dibawa Arman sudah cukup untuk mengisi perut kosong bayi itu .
“ Mukanya sahaja sudah membuatkan aku gembira , engkau sungguh bertuah kerana dipertemukan olehku . Aku akan menyaramu dengan baik , agar kau mengerti apa itu kehidupan dan kasih sayang seorang bapa ,” Arman mula tersenyum .
“ Bayi siapa yang kau bawa ni Man , kau curi bayi orang ke ?” Tanya Che Asma risau .
“Isy… nenek ni , suka sangat berprasangka buruk dengan Arman ,” ujar Arman .
Muka tua Che Asma berkerut , pelik dengan reaksi yang diberikan oleh cucunya itu . “ Habistu bayi siapa pula ni Arman ?” kata Che Asma sambil memegang bayi itu . Dia mendodoikan bayi itu sehingga kelopak mata bayi itu mula keberatan . Akhirnya , bayi itu tidur dengan nyenyak sekali .
“ Arman jumpa bayi ini kat lorong tu lah nek , masa Arman kutip tin ni ,” kata Arman sambil menunjukkan tin yang dikumpul olehnya tadi .
“ Siapa pula yang sanggup buang budak ni kat lorong tu ? Ya Allah , Tuhan amanahkan bayi ini untuk kau , Man . Kau jaga baik-baik ya cu,” Che Asma tersenyum .
Arman mengangguk sahaja . Che Asma tersenyum lebar sambil berkata , “ Ya Allah , kau tanamkanlah sifat kasih sayang ke dalam diri cucuku agar dapat membimbing bayi ini .”
“ Habistu , kau tak nak memikirkan nama untuk bayi perempuan ini ke ?” Tanya neneknya lagi dengan penuh harapan .
Arman tersenyum lebar . “ Kata orang , kalau hendak memberi nama hendaklah sesuai dengan suasana . Arman jumpa bayi ni di lorong dan masa tu Arman sedang kutip tin . Apa kata kita berikan nama bayi ini Loten . Ok tak , nek ?” cadang Arman .
“ Tak pelik sangat ke bunyinya tu , Man ? Apa-apa pendapat kamu nenek terima sahaja dengan hati terbuka , asalkan kamu bahagia ,” kata neneknya senang .
Senyuman Arman sudah semakin lebar . Ubi kayu yang terhidang di hadapannya sudah tidak tersentuh . Hati Che Asma berbunga riang apabila menyaksikan kegembiraan cucu kesayangannya itu .
Belum pernah lagi dia melihat Arman gembira sebegitu rupa selepas ibu bapanya meninggal . Kini , Arman sudah berumur 19 tahun . Fikir Che Asma , Arman sudah matang untuk menyara bayi itu .
—————————————————————————
Jendela dikuak seluasnya bagi membenarkan cahaya sang suria memenuhi segenap ruang bilik tidur Arman . Di hadapannya , terbentang sebidang sawah padi milik jirannya yang amat luas .
“ Arman , kau buat apa tu ! Kau tak sarapan lagi ke ? Mari sarapan ni , cu !” laung Che Asma .
“ Sekejap lagi nek , Arman datang ni !” jawab Arman
.
Arman berjalan menuju ke ruang dapur . Jarak dari dapur tidaklah jauh mana kerana rumahnya yang tidak luas . Kelihatan nenek dan Loten , bayi itu sudah berada di dapur .
“ Mewah makan hari ni , nek ,” ujar Arman kesenangan apabila melihat nasi ayam yang terhidang di depan mata .
“ Alhamdulillah , man . Rezeki masuk hari ni , Man . Tadi ada ketua kampung derma sedikit duit untuk kita . Harap cukuplah untuk menampung rezeki kita untuk beberapa hari ,” kata Che Asma dengan gembira sekali .
Arman tersenyum sahaja . “ Alhamdulillah , nek .” Dia mendukung Loten sambil menyanyikan lagu . Loten ketawa dengan riang sekali .
“ Masyaallah , indahnya tawamu menjadi penawar duka ayah ,” ujar Arman .
“ Makanan ni kau tak sentuh ke , Man ?” Tanya Che Asma .
“ Nenek makanlah dulu , Arman nak ke pekan ni . Arman nak beli beras ,” kata Arman .
Che Asma mengangguk . Dia menyuapkan nasi ke dalam mulut Loten .
Suasana di pekan sungguh riuh sekali . Bunyi penjual melaung sudah cukup membuatkan pengunjung pekan itu tersentak . Begitulah riuhya Pekan Permai pada hari Isnin.
“ Mah , kau tak nampak ke bayi yang cucu Asma tu bawa ?” Tanya Mak Joyah .
“ Yang bayi tu ke ? Entah dari mana bayi tu dia tarik . Entah- entah dia curi anak orang ke ?” teka Mak Imah perlahan .
“ Eh kau ni Mah , aku tak maksudkan macam tu . Aku cuma kesian lah dengan keluarga dia tu ,” kata Mak Joyah pula .
“ Kesian yang macam mana pula tu , Yah ? Selama ni aku tak pernah pula tengok mereka tak cukup makan . Baik-baik je ,” kata Mak Imah .
“ Bukan lah . Tapi , nanti bayi tu dah besar , tentu banyak duit mereka kena pakai . Nak bayar yuran sekolah lagi ,” seloroh Mak Joyah .
Mak Imah mengangguk perlahan . Dia tersenyum . Betullah apa yang dikatakan oleh Mak Joyah . Dengan berbekalkan upah sebagai penoreh getah dan pengutip tin , apalah yang mampu untuk menampung Loten . Loten pula semakin hari , semakin besar .
Tanpa mereka sedari , Arman sudah mendengar perbualan mereka . “ Ya Allah , rupanya ada juga insan yang bersimpati ke atas nasibku ini .” ujar Arman .
Namun , dia juga risau apabila terfikirkan Loten . Mampukah dia menggalas tanggungjawab besar sebagai bapa .
6 tahun kemudian …
Che Asma terbatuk beberapa kali . Arman cuba memeluk nenek sambil berkata “ Nek… tak nak pergi ke klinik ke ? Teruk sangat batuk nenek tu … takut memudaratkan nanti .”
Che Asma cuba tersenyum . “ Nenek tak apa-apa Man … nenek ni dah nak masuk 80 tahun … memang biasa perkara ni berlaku kat nenek ,” kata neneknya lemah .
Rumah itu sungguh bising dengan gelak ketawa oleh Loten . Kini , Loten sudah memasuki umur 6 tahun . Segala yurannya semasa sesi pembelajaran di tadika berjaya dilunaskan oleh Arman .
“ Kau pergi uruskan anak kau tu Man … usah risaukan nenek . Dua tiga hari lagi baik la tu ,” Che Asma tersenyum lemah .
Dirinya yang semakin tua sangat membimbangkan . Ketika umurnya yang tua sebegini , memang banyak penyakit yang diterima olehnya .
Uratnya juga selalu sahaja tidak betul . Sudah banyak ubat yang dibeli oleh Arman untuk menyembuhkan neneknya itu . Ubat-ubatan itu sudah memberikan kesan yang baik , namun penyakit lain pula yang menimpanya .
“ Nenek pun keluarga saya juga , hidup mati nenek saya sanggup buat apa saja ,” Arman tersenyum sambil memeluk nenek erat .
Mata Che Asma mula berkaca . Dia meleraikan pelukan Arman . “ Nanti kalau nenek dah pergi , kau jangan pula lupa nenek dalam doa kau . Nenek tak pernah benci kau ,” ujar Che Asma sambil mengusap matanya yang dipenuhi air mata .
“ Nenek janganlah cakap macam tu nek … nanti kalau nenek dah pergi , macam mana Arman nak jaga Loten ni ,” matanya juga sudah berair .
Che Asma tersenyap . Tiada kata-kata yang dikeluarkan oleh orang tua itu . Arman keluar meninggalkan bilik Che Asma .
“ Loten , mari sini kejap ,” panggil Arman .
Loten pergi ke arah Arman . “ Ya , ayah . Apa yang ayah nak ni ?” Tanya Loten .
Arman tersenyum sambil mengusap rambut Loten . Loten tidak memberikan sebarang reaksi . “ Ayah nak ke laut ni . Loten jaga Tok Wan baik-baik ye .
Muka Loten berkerut . “ Ayah nak pergi ke laut ? Buat apa nak pergi ke laut tu ayah ?” tanyanya kehairanan .
“Ayah dapat kerja baharu . Ayah dapat jadi nelayan , nak ,” kata Arman dengan gembira .
Loten tersenyum . “ Baguslah tu , ayah . Nanti kita boleh makan ikan ,” kata budak perempuan itu senang .
“ Insyaallah , kalau ayah cepat balik ,” ujar Arman .
Dia lekas menuruni anak tangga untuk pergi ke Pantai Melati . Anaknya , Loten melambaikan tangan ke arahnya . Dia membalas lambaian anaknya sambil berkata , “ Jaga baik-baik nenek ya , hati-hati kat rumah .”
Ombak sungguh liar menghentam Pantai Melati . Angin bertiup dengan kuat sekali . Arman gerun untuk turun ke laut namun dia tidak mempunyai apa-apa untuk makan malam nanti .
Dia memeriksa kocek seluarnya . Hanya dua keeping duit kertas RM2 . Apa yang boleh dibeli dengan RM2 untuk dimakan oleh mereka bertiga . Dia nekad . Arman mahu juga turun ke laut .
“ Kau tak apa-apa ke ni Man ? Hujan lebat ni , angin pula sabung menyabung . Nanti karam botnya nanti ,” ujar Pak Seman risau .
“ Tak ada apa-apa lah Pak Seman . Kejap lagi berhenti lah angin ni . Lagipun apa yang kami nak makan malam nanti . Beras pun dah habis ,” jawab Arman jujur .
“ Ikut suka hati kau lah , Man . Lekaslah ambil bot tu . Nah , tali pancingnya ,” kata Pak Seman sambil memberikan sebatang tali pancing kepada Arman .
Arman menaiki bot dan mengemudi kapal dengan tangkas sekali . Arwah ayahnya yang merupakan mantan pelayan telah mengajar Arman untuk mengemudi bot dengan lancar .
Pak Seman tersenyum . Dia senang melihat Arman mengemudi bot dengan lancar sekali . “ Arman … kau tak ubah seperti arwah ayah kau dulu . Kalau Hussin hidup lagi , tentu dia gembira tengok kau sekarang ,” ujar Pak Seman .
Bot Arman sudah sampai ke tengah laut . Batang pancingnya tidak membuahkan sebarang hasil . Dia sudah penat menunggu sejak dari tadi .
“ Bukan rezeki aku hari ini ,” keluhnya .
Arman mengemudi bot itu untuk menuju ke daratan semula . Namun , malang tidak berbau . Kapal botnya sudah ditenggelami air . Kelihatan sebuah lubang yang agak besar berada di kapal bot itu .
“ Ya Allah , apa aku nak buat ni ? Tolonglah aku Ya Allah ,” katanya risau .
Kapalnya sudah hancur . Arman terkapai-kapai di dalam air . Ombak yang terlalu deras menyebabkan dia sukar untuk berenang .
Che Asma berlari menuju ke Pantai Melati . Dia memimpin Loten . Air matanya mengalir . “ Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal Man , kau nak turun ke laut ,” bisik hati Che Asma .
“ Tok Wan , kenapa dengan ayah ? Kenapa kita nak pergi ke tempat ayah bekerja ?” Tanya Loten .
“ Ayah kau tak apa-apa , Lot … Cuma dia tak balik-balik . Dah empat jam ni , Lot ,” kata Che Asma risau .
Loten hanya terdiam . Otaknya tidak diproseskan untuk berasa risau ketika itu . Dia hanya mengikut sahaja moyangnya itu .
“ Man , mana cucu aku , Seman ?” Tanya Che Asma sebaik sahaja sampai .
Pak Seman terkejut dengan kehadiran Che Asma dan Loten . “ Cucu kau tak balik-balik lagi ni , Kak Ma . Aku dah pesan kat dia jangan turun ke laut . Tapi dia berkeras . Maafkan aku , Kak Ma .
Che Asma terbukam . Dia hanya memikirkan soal keselamatan Arman . Dia memeluk Loten erat . “ Cepatlah balik ya cu …”
Tiba-tiba , Che Asma merasakan satu pelukan hinggap di badannya . “ Nenek , Arman di sini … usahlah risau . Arman selamat ,” kata Arman .
“ Cucu aku … tapi … ,” kata Che Asma .
“ Alhamdulillah , Arman sempat berpaut atas batang kayu nek … Arman berenang sampai ke sini ,” katanya lega .
Mereka bertiga mula berpelukan . Bersaksikan awan dan langit mendung , mereka telah menyaksikan rasa kasih sayang mereka . Mereka sungguh bahagia sekarang . Syukurlah , Tuhan telah memberikan mereka kebahagian .
Tamat
sumber: http://www.penulisan2u.my/cerpen-mencari-secebis-kesabaran/
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusKomentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusohhh,gtu ya baru tau
BalasHapuscerpenya bagus dehhh
BalasHapusbagus kakak :)
BalasHapusNice kak:)
BalasHapus